Penjagaan Gigi Kanak-Kanak

Write By: nezahani Published In: Kesihatan Created Date: 2017-01-21 Hits: 102

Penjagaan Gigi Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua, alhamdulillah beberapa hari ni hujan rahmat membasahi bumi di tempat saya, sejuk sikit suasana.

Hari ni nak cerita berkenaan penjagaan gigi kanak-kanak. Kebetulan pula anak yang sekolah tadika bawa balik rekod penjagaan gigi untuk diisi oleh ibubapa. Memang bagus tindakan kementerian kesihatan kita, rasanya setiap sekolah tak kisah tadika mahupun sekolah rendah pasti ada sahaja lawatan pemeriksaan gigi yang dijalankan.

Jadi anak saya  yang tadika tu pesan cikgunya suruh bawa berus gigi dari rumah dan cawan untuk pemeriksaan gigi nanti. Biasanya saya memang beli berus gigi spare untuk anak-anak, almaklumlah ada je yang hilang berus gigi, pelik juga kemana lah berus gigi tu dibuat main.

Penjagaan gigi kanak-kanak ni perlu dimulakan sejak anak didalam kandungan lagi. Ialah kita kene juga makan makanan yang dapat menguatkan gigi bayi seperti susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Masa bayi diusia 6-8 bulan juga biasanya bila kita ke klinik kesihatan kita akan diminta keklinik pergigian untuk membawa bayi kita berjumpa doktor gigi. Saya biasanya menggunaka kain lampin yang bersih untuk menggosok dibahagian gusi bayi supaya lebihan susu tidak terlekat.

Bila dah ada gigi banyak sikit saya guna pula berus gigi yang boleh masukkan jari telunjuk kita ke dalam berus tu. Macam gambar kat bawah ni. Yang kelakar selalu sahaja kene gigit bila masa gosokkan gigi.

Diusia 1 tahun pula biasanya gigi anak-anak kita dah mula tumbuh dengan banyak, jadi saya dah mula belikan berus gigi yang kecil sesuai untuk mereka pegang dan ubat gigi yang berperisa buah-buahan seperti jenama ubat gigi pureen. Memberus gigi ni kene biasakan dari kecil dan sehari sekurang-kurangnya 2 kali.

Antara tips penjagaan gigi kanak-kanak ialah :

  • Belikan berus gigi yang mereka suka –  contohnya ada gambar frozen, Upin Ipin atau apa-apa animasi yang mereka suka.
  • Belikan ubat gigi yang berperisa buah-buahan kegemaran mereka seperti strawberi, orange dan lain-lain
  • Kita bersama mereka memberus gigi maknanya kita pun kene joint sekali berus gigi, sambil tu boleh ajar anak kita cara gosok gigi dengan betul.
  • Elakkan terlalu kerap belikan anak-anak gula-gula atau coklat serta makanan ringan. Bab ni kita sebagai ibubapa kene tegas sikit.
  • Bawa anak-anak ke pameran yang berkaitan kesihatan gigi. Bagi mereka lihat sendiri kesan jika tidak menggosok gigi dan sebagainya
  • Akhir sekali bawalah anak-anak kita berjumpa doktor gigi setahun sekurang-kurangnya 2 kali.

Alhamdulillah setakat hari ni semua anak-anak saya tiada lagi gigi yang hitam yang selalu kita lihat dikalangan anak-anak kecil. Saya memang amat tekankan soal penjagaan gigi kanak-kanak ni. Almaklumlah kita nak pakai gigi lamakan, kalau dah sakit nanti kita jugalah yang susah.

Apapun cara kita dalam penjagaan gigi anak-anak semuanya kene komitmen dan usaha yang berterusan. Memang tak mudah tapi boleh diusahakan. Selamat mencuba.

Tags:

Leave A Comment

Captcha