Bagaimana Mengajar Anak Membaca Perkataan

Bahasa Melayu

Tips dari Puan Nik Eliani Nik Nawi, pakar mengajar anak membaca, Untuk Mula Mengajar Anak Membaca, bahan diperlukan ialah:

1. Buku 1 Bacalah Anakku.
2. Kad a i na ni
3. Carta poket

Cara mengajar, rujuk video di 
https://www.facebook.com/photo.php?v=663671007018605&set=vb.339219239463785&type=3&theater

dan kemudian:

Setelah mengajar pelajar bunyi a, i, u, dan gabung bunyi na, ni dan nu, pelajar akan diajar membaca perkataan 'ana', 'ani'. 'ina' dan 'ini'.


1. Letakkan kad 'a' di dalam carta poket dan minta pelajar membaca. ( /a/ )
2. Kemudian letak 'na' dan minta pelajar membaca suku kata tersebut. ( /na/ )
3. Dengan menggunakan penunjuk atau jari, minta pelajar membaca sekali lagi, 'a' dan 'na' ( yang masih dijarakkan).
4. Rapatkan 'na' kepada 'a'. Dengan menggunakan jari, minta pelajar baca 'ana' ( 3 kali).
5. Kemudian guru menyebut /ana/ dengan intonasi yang betul.Minta pelajar mengulangi perkataan tersebut beberapa kali.

6. Ulang Langkah 1 - 5 untuk perkataan 'ani', 'ina' dan 'ini'

7. Beri pelajar aktiviti penulisan yang sesuai dengan tahap mereka. Menekap / menyalin / menulis (imlak) sambil guru melakukan semakan individu buku 1 Bacalah Anakku.

8. Main permainan bahasa 'Bingo Perkataan' atau 'Cuba ingat' dan lain-lain permainan yang sesuai di dalam Buku Permainan Kreatif.

Semakan individu:

1. Secara tidak langsung - Guru mengawasi aktiviti penulisan sambil meminta pelajar membaca perkataan 'ana', 'ani', 'ina' dan 'ini'.

2. Secara formal - Menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku, pelajar membaca perkataan yang dipelajari di dalam buku.

Pastikan pelajar menggunakan jari untuk menggaris perkataan sambil membaca.

Saya juga suka selak sikit-sikit perkataan untuk pelajar baca. Fokus pelajar akan lebih baik.

Teringat sewaktu mengajar anak lelaki saya, dia akan mengatakan "Alaa banyaknya kena baca!", kalau buka semua.

PERHATIAN:

1. Senyum dan beri galakan dan pujian sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Petua guru akan sentiasa awet muda!
2. Langkah pengajaran di atas boleh dibahagikan kepada 2 masa. Langkah 7 dan 8 tidak semestinya di dalam urutan. Aktiviti permainan boleh didahulukan daripada aktiviti penulisan.