Bayi Pandai Menulis!!

Kita sering tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis?

Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis.

Kebiasaanya dinding rumah menjadi tempat kegemaran anak-anak untuk menunjukkan skill mereka. Pada saya dan suami ianya tidak menjadi masalah. Boleh juga tampalkan kertas mahjong di dingding atau lantai dan berikan krayon untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing.
 
Rajin-rajin juga untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!".
 
Boleh juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.
 
Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng.
 
Jangan letakkan level yang tinggi terhadap lukisan sikecil ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.